KEWAJIPAN SOLAT
KETIKA SAKIT
ERTI SOLAT
Dari segi bahasa : Bermaksud doa
Dari segi istilah : Satu ibadat
yang merangkumi perkataan dan perbuatan
yang
dimulai dengan niat dan di akhiri dengan salam.
Konsep Ibadat ketika sakit
Allah SWT mewajibkan setiap umat Islam yang Mukallaf melaksanakan ibadat
Yang difardhukan mengikut kemampuan masing-masing. Antaranya ialah:-
1.Solat- Orang yang sakit boleh melakukan solat secara duduk ,
baring mengi-
ring , baring
menelentang , isyarat mata dan secara ingat dalam hati
2.Puasa- Orang yang sakit diharuskan berbuka puasa tetapi wajib qadha
mana
kala orang yang
sakit berpanjangan tidak perlu mengqadhakan puasa
sebaliknya hanya
perlu membayar fidyah .
3.Haji - Orang uzur untuk
mengerjakan haji , boleh diupah kepada orang lain
untuk
mengerjakannya.
Firman Allah SWT:-
لا يكلف الله نفسا الا وسعـها لها ما كسبت وعلـيها
مـاكتسبت- البقرة أية 26
Maksudnya : “Allah SWT tidak
membebenkan seseorang melainkan apa
yang terdaya olehnya.Dia
mendapat pahala kebaikkan yang
diusahakannya dan dia menanggung dosa kejahatan yang
dilakukannya.”
SOLAT ITU TIANG AGAMA
1. Solat adalah Rukun Islam
yang Kelima
2. Ia juga merupakan asas bagi
segala ibadat dan juga merupakan budaya
hidup bagi umat Islam.
3. Solat wajib ditunaikan
walau dalam apa keadaan sekalipun samada sakit
atau ketika berlaku peperangan.
KAIFIAT SOLAT KETIKA SAKIT
Rasulullah saw menjelaskan dalam
Hadisnya:-
عن عمران بن حصين رصي الله عنه قال: كانت بي بواسير
فسـالت النبي
(ص) عن الصلاة فقال : صل قائما فاءن لم تستطع فقاعدا
فاءن لم تسنطع
فعلي جنب ( رواه الجماعه الأسلام)
Mkasudnya: “ Imran bin Hussin
berkata: saya mengidap penyakit buasir,
saya bertanya kepada Rasulullah
saw , bagaimana cara me-
mengerjakan solat? Baginda bersabda: Solatlah
berdiri,
jika tidak berdaya hendaklah
duduk , jika tidak berdaya
juga hendaklah berbaring
dalam keadaan mengiring”.
SEBAB DIWAJIBKAN SOLAT KETIKA
SAKIT
- Solat ibadat terpenting dalam Islam
- Solat dapat mencegah seseorang daripada melakukan
kemungkaran
- Solat sebagai penawar kepada penyakit
- Mengharapkan pertolongan Allah SWT ketika senang
dan susah
- Supaya hidup dan mati dalam Iman.
ERTI RUKHSAH
Rukhsah ialah kemudahan @
keringanan @ kelonggaran @ keistimewaan
yang dikurniakan Allah SWT kepada
hambaNya dalam mengerjakan ibadat.
CARA PELAKSANAAN SOLAT KETIKA
SAKIT
1. Secara duduk
a) Duduk Iftirasyi ( duduk antara dua sujud )
b) Rukuk- tundukkan kepala/dahi setentang dengan tempat
sujud
c) Sujud seperti biasa
d) Jika tidak mampu sujud dilakukan dengan menunudukkan
kepala
lebih rendah
daripada cara rukuk.
2. Secara baring mengiring
a) Berada dalam keadaan baring mengiring atas rusuk kanan
b) Muka dan dada mengadap kiblat
c) Rukuk dan sujud menggunakan isyarat kepala
3. Secara baring menelentang
a) Baring dalam keadaan menelentang
b) Kaki dan kepala menghadap kiblat
c) Kedudukan kepala ditinggikan
d) Rukuk dan sujud menggunakan isyarat kepala
4. Secara Isyarat kelopak mata
a) Berada dalam keadaan baring secara menelentang
b) Kaki menghala kea rah kiblat
c) Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata
d) Sujud diisyaratkan dengan memejamkan mata
5. Secara ingat dalam hati
a) Solat dilakukan dengan membayangkan di
dalam hati, pergerakan
mengikut tertib rukun.
HIKMAT DIHARUSKAN RUKHSAH SOLAT
1. Menunjukkan bahawa Islam ialah
agama yang mudah
2. Supaya umat Islam dapat
menunaikan kewajipan mereka dalam sebarang
Keadaan.
3. Membuktikan Allah SWT sayang
akan hambaNya
PERBEZAAN ANTARA RUKHSAH SOLAT
KETIKA SAKIT DAN MUSAFIR
CARA SOLAT
|
KETIKA SAKIT
|
KETIKA MUSAFIR
|
Keadaan solat
|
Dilakukan mengikut keupa-
yaan pesakit samada seca-
ra duduk , mengiring ,
menelentang , isyarat
mata atau isyarat hati
|
Boleh dilakukan secara
jamak , qasar atau kedua-
duanyasekali. Harus juga
dilakukan secara sempur-
na.
|
Tempoh pelaksanaan
|
Dalam keadaan sakit
|
Semasa berada dalam
musafir
|
No comments:
Post a Comment