PENDIDIKAN ISLAM PEMANGKIN KEJAYAAN UMMAH
Tuesday, 20 March 2012
Wednesday, 15 February 2012
Ibadat Korban Dalam Islam
HURAIAN RINGKAS BERKENAAN IBADAH KORBAN DAN HUKUM-HUKUM BERKAITAN DENGANNYA
Firman Allah Ta’ala bermaksud:
‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah”
(Al-Kautsar: 2)
"Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu
sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atastiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya),makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur” (Surah Al-Hajj: 36)
1. SEJARAH KORBAN
Sejarah Korban anak-anak Nabi Adam a.s - Habil dan Qabil
Firman Allah Ta’ala bermaksud:
Bacakanlah (Yaa Muhammad) kepada mereka akan cerita yang sebenarnya tentang dua orang anak Nabi Adam (yang bernama Habil dan Qabil) iaitu ketika keduanya mempersembahkan korban (kepada Allah, maka yang seorang dari keduanya (Habil) diterima korbannya sedang yang lain (Qabil) tidak diterima korbannya - sebab itulah Qabil marah kepada Habil seraya berkata: “Nescaya kubunuh engkau!”

Tuesday, 14 February 2012
LATIH TUBI KORBAN AMALAN MULIA
<< LATIH TUBI >>
SOALAN OBJEKTIF
Sila pilih SATU jawapan sahaja.
- Bilakah ibadat korban harus dilakukan?A. 11,12 dan 13 Zulkaedah
B. 11,12 dan 13 Zulhijjah
C. 1 Syawal
D. Pada awal Ramadan - Pilih golongan yang haram diberikan daging korban?A. Orang kaya
B. Fakir miskin
C. Orang musafir
D. Orang kafir
Sunday, 12 February 2012
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 3
KEWAJIPAN SOLAT
KETIKA SAKIT
ERTI SOLAT
Dari segi bahasa : Bermaksud doa
Dari segi istilah : Satu ibadat
yang merangkumi perkataan dan perbuatan
yang
dimulai dengan niat dan di akhiri dengan salam.
Konsep Ibadat ketika sakit
Allah SWT mewajibkan setiap umat Islam yang Mukallaf melaksanakan ibadat
Yang difardhukan mengikut kemampuan masing-masing. Antaranya ialah:-
1.Solat- Orang yang sakit boleh melakukan solat secara duduk ,
baring mengi-
ring , baring
menelentang , isyarat mata dan secara ingat dalam hati
2.Puasa- Orang yang sakit diharuskan berbuka puasa tetapi wajib qadha
mana
kala orang yang
sakit berpanjangan tidak perlu mengqadhakan puasa
sebaliknya hanya
perlu membayar fidyah .
3.Haji - Orang uzur untuk
mengerjakan haji , boleh diupah kepada orang lain
untuk
mengerjakannya.
Firman Allah SWT:-
لا يكلف الله نفسا الا وسعـها لها ما كسبت وعلـيها
مـاكتسبت- البقرة أية 26
Maksudnya : “Allah SWT tidak
membebenkan seseorang melainkan apa
yang terdaya olehnya.Dia
mendapat pahala kebaikkan yang
diusahakannya dan dia menanggung dosa kejahatan yang
dilakukannya.”
Saturday, 11 February 2012
Sains Membuktikan Kehebatan Solat
Aplikasi teknik relaksasi
Fokuskan pada pernafasan. Tarik nafas sedalam-dalamnya dalam tempoh 30 saat. Bacalah satu ayat surah al-Fatihah dengan menarik nafas dan hembuskan nafas bersama satu ayat al-Fatihah. Contohnya: Tarik nafas yang dalam (deep breathing) dan sebutBismillahirrahmanirrahim sambil menghembus satu nafas yang panjang.
Anda juga boleh mengira tarik nafas dengan kiraan 8 dan hembuskannya perlahan-lahan dalam kiraan 7.
Wednesday, 1 February 2012
Salam Ukhuwah, Salam Perkenalan
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Ahlan wasahlan kepada semua pengunjung blog yang budiman...Alhamdulillah kerana dengan izin Allah akhirnya dapat juga saya menyiapkan dan mempunyai blog sendiri...
Antara tujuan saya mempunyai blog sendiri adalah untuk menajamkan kemahiran penyampaian ilmu
melalui tulisan. Ini kerana, untuk setiap entry yang dimasukkan, penulis akan teruji untuk mengarang pengisian dengan menggunakan penyampaian yang menarik dan mudah untuk difahami oleh setiap pengunjung blog.. Namun ia bergantung juga kepada jenis
kandungan yang ingin dikongsikan.
Semoga saya diberi kekuatan untuk
terus menyumbang sesuatu yang bermanfaat buat ummah.
Saya akan cuba pastikan setiap entry
mempunyai pengajaran. Saya berdoa, agar ruang yang
wujud ini akan menjadi penambah peluang untuk meraih rahmat Allah SWT, menjadi dakwah fardiah saya dan menjadi sumber penambahan ilmu yang bermanfaat kepada pengunjung sekalian..InsyaAllah..Sokongan daripada kalian semua saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih..
Sekian, jazakillahu khayron kathiro...
Subscribe to:
Posts (Atom)