Sunday 12 February 2012

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 3


KEWAJIPAN SOLAT KETIKA SAKIT


ERTI SOLAT

Dari segi bahasa : Bermaksud doa
Dari segi istilah :  Satu ibadat yang merangkumi perkataan dan perbuatan
                             yang dimulai dengan niat dan di akhiri dengan salam.

Konsep Ibadat ketika sakit

Allah SWT mewajibkan setiap umat Islam yang Mukallaf melaksanakan ibadat
Yang difardhukan mengikut kemampuan masing-masing. Antaranya ialah:-

1.Solat- Orang yang sakit boleh melakukan solat secara duduk , baring mengi-
              ring , baring menelentang , isyarat mata dan secara ingat dalam hati

2.Puasa- Orang yang sakit diharuskan berbuka puasa tetapi wajib qadha mana
              kala orang yang sakit berpanjangan tidak perlu mengqadhakan puasa
              sebaliknya hanya perlu membayar fidyah .

3.Haji  - Orang uzur untuk mengerjakan haji , boleh diupah kepada orang lain
              untuk mengerjakannya.


Firman Allah SWT:-


لا يكلف الله نفسا الا وسعـها لها ما كسبت وعلـيها مـاكتسبت- البقرة أية 26

Maksudnya : “Allah SWT tidak membebenkan seseorang melainkan apa
                     yang terdaya olehnya.Dia mendapat pahala kebaikkan yang
                     diusahakannya dan dia  menanggung dosa kejahatan yang
                     dilakukannya.”

           
                                             

SOLAT ITU TIANG AGAMA

1. Solat adalah Rukun Islam yang Kelima
2. Ia juga merupakan asas bagi segala ibadat dan juga merupakan budaya
    hidup bagi umat Islam.
3. Solat wajib ditunaikan walau dalam apa keadaan sekalipun samada sakit
    atau ketika berlaku peperangan.

KAIFIAT SOLAT KETIKA SAKIT

Rasulullah saw menjelaskan dalam Hadisnya:-

عن عمران بن حصين رصي الله عنه قال: كانت بي بواسير فسـالت النبي
(ص) عن الصلاة فقال : صل قائما فاءن لم تستطع فقاعدا فاءن لم تسنطع
فعلي جنب                     ( رواه الجماعه الأسلام)

Mkasudnya: “ Imran bin Hussin berkata: saya mengidap penyakit buasir,
                   saya bertanya kepada Rasulullah saw , bagaimana cara me-
                   mengerjakan solat? Baginda bersabda: Solatlah berdiri,
                   jika tidak berdaya hendaklah duduk , jika tidak berdaya
                   juga hendaklah berbaring dalam keadaan mengiring”.

SEBAB DIWAJIBKAN SOLAT KETIKA SAKIT

  1. Solat ibadat terpenting dalam Islam
  2. Solat dapat mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran
  3. Solat sebagai penawar kepada penyakit
  4. Mengharapkan pertolongan Allah SWT ketika senang dan susah
  5. Supaya hidup dan mati dalam Iman.

ERTI RUKHSAH

Rukhsah ialah kemudahan @ keringanan @ kelonggaran @ keistimewaan
yang dikurniakan Allah SWT kepada hambaNya dalam mengerjakan ibadat.



CARA PELAKSANAAN SOLAT KETIKA SAKIT

1. Secara duduk
a)    Duduk Iftirasyi ( duduk antara dua sujud )
b)   Rukuk- tundukkan kepala/dahi setentang dengan tempat sujud
c)    Sujud seperti biasa
d)   Jika tidak mampu sujud dilakukan dengan menunudukkan kepala
lebih rendah daripada cara rukuk.

                                           
2. Secara baring mengiring
 
a)    Berada dalam keadaan baring mengiring atas rusuk kanan
b)   Muka dan dada mengadap kiblat
c)    Rukuk dan sujud menggunakan isyarat kepala

3. Secara baring menelentang

a)    Baring dalam keadaan menelentang
b)   Kaki dan kepala menghadap kiblat
c)    Kedudukan kepala ditinggikan
d)   Rukuk dan sujud menggunakan isyarat kepala


4. Secara Isyarat kelopak mata
  
a)    Berada dalam keadaan baring secara menelentang
b)   Kaki menghala kea rah kiblat
c)    Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata
d)   Sujud diisyaratkan dengan memejamkan mata


5. Secara ingat dalam hati

    a) Solat dilakukan dengan membayangkan di dalam hati, pergerakan
        mengikut tertib rukun.


HIKMAT DIHARUSKAN RUKHSAH SOLAT


1. Menunjukkan bahawa Islam ialah agama yang mudah
2. Supaya umat Islam dapat menunaikan kewajipan mereka dalam sebarang
    Keadaan.
3. Membuktikan Allah SWT sayang akan hambaNya


PERBEZAAN ANTARA RUKHSAH SOLAT KETIKA SAKIT DAN MUSAFIR


CARA SOLAT
KETIKA SAKIT
KETIKA MUSAFIR

Keadaan solat



Dilakukan mengikut keupa-
yaan pesakit samada seca-
ra duduk , mengiring ,
menelentang , isyarat
mata atau isyarat hati

Boleh dilakukan secara
jamak , qasar atau kedua-
duanyasekali. Harus juga
dilakukan secara sempur-
na.


Tempoh pelaksanaan



Dalam keadaan sakit

Semasa berada dalam
musafir









No comments:

Post a Comment