Wednesday 15 February 2012

Ibadat Korban Dalam Islam

HURAIAN RINGKAS BERKENAAN IBADAH KORBAN DAN HUKUM-HUKUM BERKAITAN DENGANNYA 

Firman Allah Ta’ala bermaksud: 

‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah” 
(Al-Kautsar: 2) 

"Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu
sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atastiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya),makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur” (Surah Al-Hajj: 36)

1. SEJARAH KORBAN 
Sejarah Korban anak-anak Nabi Adam a.s - Habil dan Qabil 

Firman Allah Ta’ala bermaksud: 
Bacakanlah (Yaa Muhammad) kepada mereka akan cerita yang sebenarnya tentang dua orang anak Nabi Adam (yang bernama Habil dan Qabil) iaitu ketika keduanya mempersembahkan korban (kepada Allah, maka yang seorang dari keduanya (Habil) diterima korbannya sedang yang lain (Qabil) tidak diterima korbannya - sebab itulah Qabil marah kepada Habil seraya berkata: “Nescaya kubunuh engkau!”

Tuesday 14 February 2012

LATIH TUBI KORBAN AMALAN MULIA


<< LATIH TUBI >>
  SOALAN OBJEKTIF
  Sila pilih SATU jawapan sahaja.
  1. Bilakah ibadat korban harus dilakukan?
    A. 11,12 dan 13 Zulkaedah
    B. 11,12 dan 13 Zulhijjah
    C. 1 Syawal
    D. Pada awal Ramadan

  2. Pilih golongan yang haram diberikan daging korban?
    A. Orang kaya
    B. Fakir miskin
    C. Orang musafir
    D. Orang kafir

Sunday 12 February 2012

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 3


KEWAJIPAN SOLAT KETIKA SAKIT


ERTI SOLAT

Dari segi bahasa : Bermaksud doa
Dari segi istilah :  Satu ibadat yang merangkumi perkataan dan perbuatan
                             yang dimulai dengan niat dan di akhiri dengan salam.

Konsep Ibadat ketika sakit

Allah SWT mewajibkan setiap umat Islam yang Mukallaf melaksanakan ibadat
Yang difardhukan mengikut kemampuan masing-masing. Antaranya ialah:-

1.Solat- Orang yang sakit boleh melakukan solat secara duduk , baring mengi-
              ring , baring menelentang , isyarat mata dan secara ingat dalam hati

2.Puasa- Orang yang sakit diharuskan berbuka puasa tetapi wajib qadha mana
              kala orang yang sakit berpanjangan tidak perlu mengqadhakan puasa
              sebaliknya hanya perlu membayar fidyah .

3.Haji  - Orang uzur untuk mengerjakan haji , boleh diupah kepada orang lain
              untuk mengerjakannya.


Firman Allah SWT:-


لا يكلف الله نفسا الا وسعـها لها ما كسبت وعلـيها مـاكتسبت- البقرة أية 26

Maksudnya : “Allah SWT tidak membebenkan seseorang melainkan apa
                     yang terdaya olehnya.Dia mendapat pahala kebaikkan yang
                     diusahakannya dan dia  menanggung dosa kejahatan yang
                     dilakukannya.”

           

Saturday 11 February 2012

Sains Membuktikan Kehebatan Solat


Aplikasi teknik relaksasi

Fokuskan pada pernafasan. Tarik nafas sedalam-dalamnya dalam tempoh 30 saat. Bacalah satu ayat surah al-Fatihah dengan menarik nafas dan hembuskan nafas bersama satu ayat al-Fatihah. Contohnya: Tarik nafas yang dalam (deep breathing) dan sebutBismillahirrahmanirrahim sambil menghembus satu nafas yang panjang.
Anda juga boleh mengira tarik nafas dengan kiraan 8 dan hembuskannya perlahan-lahan dalam kiraan 7.

Wednesday 1 February 2012

Salam Ukhuwah, Salam Perkenalan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Ahlan wasahlan kepada semua pengunjung blog yang budiman...Alhamdulillah kerana dengan izin Allah akhirnya dapat juga saya menyiapkan dan mempunyai blog sendiri...

Antara tujuan saya mempunyai blog sendiri adalah untuk menajamkan kemahiran penyampaian ilmu melalui tulisan. Ini kerana, untuk setiap entry yang dimasukkan, penulis akan teruji untuk mengarang pengisian dengan menggunakan penyampaian yang menarik dan mudah untuk difahami oleh setiap pengunjung blog.. Namun ia bergantung juga kepada jenis kandungan yang ingin dikongsikan.

Semoga saya diberi kekuatan untuk terus menyumbang sesuatu yang bermanfaat buat ummah.
Saya akan cuba pastikan setiap entry mempunyai pengajaran. Saya berdoa, agar ruang yang wujud ini akan menjadi penambah peluang untuk meraih rahmat Allah SWT, menjadi dakwah fardiah saya dan menjadi sumber penambahan ilmu yang bermanfaat kepada pengunjung sekalian..InsyaAllah..Sokongan daripada kalian semua saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih..

Sekian, jazakillahu khayron kathiro...